Friday, July 11, 2008

Pengalaman Menjadi Kaunselor!

Saya banyak terlepas isu-isu penting yang berlegar sekarang ini. Manakan tidaknya,dalam minggu ini sahaja saya sudah berulang-alik dari rumah saya ke KL sebanyak 3 kali. Hal ini sedikit sebanyak menumpulkan keinginan serta kemahuan untuk mengemaskini blog.Akan tetapi sekiranya direnung kembali,apa sangatlah kesibukan kita yang full time penanam anggur ni berbanding orang yang penat bekerja atau kerja full time dengan jemaah tetapi masih lagi boleh berkongsi input-input dengan orang lain seperti saifulislam.com dan ustaz tantawi sendiri?isk2..

As-Saihun

Dalam dua tiga hari yang lepas saya berkesempatan sekali lagi pergi ke Kl untuk menghadiri usrah . Buat pengetahuan,kenderaan saya setakat ini hanyalah sebiji motosikal.Itulah kenderaan saya berulang alik ke sana dan Alhamdulillah perjalanan pun hanya sekitar 45 minit ke 1 jam dan so far selamat(tak jammed!). Kemudian, tergerak hati saya untuk singgah di satu restoran yang sememangnya favourite saya setiap kali pulang dari kerja sewaktu saya menjalani latihan industri di KL tahun lepas. Bagi sesiapa yang arif jalan di Kl terutamanya di Ampang, ada satu medan selera yang betul-betul berdekatan dengan simpang keluar dari MRR2, dari arah Gombak ke Ampang.Ada satu kedai makan, papannya berwarna hijau dengan namanya Liza Tom Yam.Dekat situ,makanan kegemaran saya nasi putih telur bistik dan sup kosong.Alhamdulillah,pada hari itu,sekitar pukul 6 lebih,tergerak hati saya untuk 'menziarahi' kedai tersebut.Lagipun saya adalah kenal sikit-sikit dengan anak pemilik kedai tuh.Namanya Liza.

Luahan Perasaan

"Bang,Liza nak bagitahu nih. Ayah Liza baru je meninggal bulan 3 lepas."

"Owh, ye ke"..saya jawab dengan nada buat-buat terkejut."Baru lagi ek"

"a'ah" angguk Liza,lemah. "Bang,Liza nak luahkan sedikit boleh?"

Tergamam saya sekejap.Dalam hati,tak pernah saya nak dengar luahan2 perasaan camni terutamanya dari perempuan.Laki bolehlah sikit-sikit."Apa dia?" tanya saya sambil menyudu nasi dengan telur ke dalam mulut.Maklumlah lapar.Tadi dah rempuh hujan masa nak mari ke KL.Sejuk.

"Tak palah,bang makan dulu" katanya kemudian bangun dan melayan pelanggan yang secara tiba-tiba datang ke kedai dia.

Sebaik sahaja saya habiskan suapan terakhir ke dalam mulut saya,saya pun buka gelanggang.Tahu ke tak tahu,jadi ke tak jadi, aku kena buat.Dia ni adalah mad'u aku,jerit saya dalam hati.Nak pujuk hati supaya lebih tenang dan bersabar.

Identiti Diri


"Sebenarnya,Liza rasa macam buat satu kesalahan besar" Liza mula bercerita.

"Besar sangat ke??" tukas saya tak sabar-sabar.

"Liza dah lukakan hati famili Liza secara tak sengaja"

Saya tekun mendengar cerita dia.kadang-kadang menyampuk dan memberi pandangan.Alhamdulillah,pengalaman yang Allah kurniakan ketika di kampus sedikit sebanyak diaplikasikan untuk mendengar masalah orang.Bagi saya senang je.Kaum Hawa ni hanya perlukan teman untuk mendengar.Mereka tak mengharap langkah penyelesaian.Antara tip-tips yang saya ingat;

"Men are Mr Fix" kata-kata yang diungkapkan dalam Men from Jupiter,Women from Mars antara perkara yang saya cuba elakkan ketika mendengar masalah rakan saya ini.

Secara ringkasnya, rakan saya ini menghadapi konflik diri ketika mana beliau ingin keluar dari kebiasaan dan rutin dia bekerja di kedai milik keluarganya ini. Dia mempunyai keinginan untuk keluar dari kebiasaan dan menempuh pengalaman baru,katanya. Akan tetapi, hasrat yang dia luahkan secara rahsia kepada teman lelaki dia diceritakan secara tak sengaja kepada akak dia sendiri.Akibatnya mereka bertengkar.Dan dia rasa bersalah.dan dia sentiasa rasa tak bersemangat.

Yang dapat saya rumuskan dan saya kongsi dari hasil perbincangan ialah yang pertama dia mesti tahu apa yang dia mahu.Bagi saya bagus untuk keluar dari rutin.Tapi soalan seterusnya ialah apa yang kamu nak?Malangnya dia tak tahu apa yang dia nak buat.Itulah kegagalan pertama dia.

Yang kedua, dia mesti berbincang secara efektif.Bukan setakat dari dia,tapi dari pihak yang akan terlibat dalam perbincangan. dalam kata lain ibu dan kakaknya.Kesalahan pertama dalam perbincangan ialah apabila kita hanya fokus dan pentingkan diri kita sendiri tanpa melihat kepada orang lain sedangkan ini adalah satu bentuk komunikasi yang melibatkan semua orang.Makanya,sekiranya kita hanya fokus kepada diri sendiri makanya itu bukan perbincangan tapi satu bentuk kepurtusan diktator.

Dalam hal yang lain,tengok masa untuk berbincang.Pada kita itu masa sesuai untuk kita,tapi orang lain?Sebab itu saya kata jangan fokus pada diri sendiri. Perbincangan akan bertukar jadi pertengkaran.Buktinya,Liza bukan berbincang tapi pergaduhan dan masam muka.Bayangkan,3-5 jam di dapur memasak untuk pelanggan dan melayan karenah pelanggan yang pelbagai ragam kemudian diajak berbincang.Saya yakin lain hal jadinya!

Seterusnya, carilah sokongan.dalaman mahupun luaran.Saya bagi contoh ialah sokongan ibu Liza sendiri.Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.Sekiranya hal ini dibincangkan dengan baik dengan semangat faham-memahami antara satu sama lain, insyaAllah dia boleh mendapat sokongan dari ibu dia sendiri. Kakak dia semestinya menurut kata-kata ibunya sendiri.Tambahan pula,syurga kan di bawah tapak kaki ibu!Saya turut menganjurkan agar dia mencari teman yang setia dan ikhlas serta dapat membimbing dia.Lebih bagus seorang perempuan/muslimat(saya teringat Nisa'!)

Yang terakhir dan utama saya menasihatkan agar dia sentiasa berdoa kepada Allah agar apa usaha yang dia buat dalam petunjukNya dan dilembutkan hati kedua ibu dan kakaknya agar mereka dapat memahami kehendak hati Liza sendiri.

"Abang bukanlah bagi solution,tapi langkah kepada penyelesaian.Segala-galanya terserah kepada Liza untuk bertindak" saya mengingatkan Liza kembali.

Saya berdoa mudah-mudahan dia dapat capai apa yang dia mahukan.Cuma saya takut sekiranya natijah nasihat yang saya berikan itu bukanlah bawa kebaikan tetapi sebaliknya seperti yang dinukilkan oleh sahabat saya ini.

Nau'dzubillah min dzalik!

p/s saya membayangkan sekiranya Nisa' boleh approach golongan macam nih dan guide mereka alangkah beruntungnya!





3 comments:

Afzan Rahman said...

salam 'alaik...
ana turut bersimpati pd adik ni...
mmg bagus andai nisa' boleh membantu..
tapi, if nta xkeberatan...
blh bg no contact adik ni?
mungkin ana blh salurkan pd nisa' pusat or kawasan...

~Gunakan peluang yang ada demi ISLAM~

KNMS said...

waalaikumusalam wbt

insyaAllah ana cuba dapatkan sekiranya berkesempatan

Mrs Ziela (Norzila Noh) said...

salam
pengalaman yang menarik
tapi sblum tu..pasal buku.
mens from jupiter, women from mars, john gray jgk ke yg tulis?
ana cuma ada siri men from mars, women from venus