
Kenapa Saya buat Blog?
Kewujudan blog ini bukanlah bertujuan untuk menyaingi blog-blog sedia ada yang sememangnya diakui keintelektualan, kemasyhuran dan keistimewaan masing-masing seperti sahabat-sahabat saya iaitu Musafir Kelana, Roslan SMS, RausyanFikir,dll. Namun demikian ia lebih kepada satu usaha melengkapi antara satu sama lain.
Kenapa blog ini diberi nama Fikrah Kita?
Fikrah adalah perkataan daripada bahasa Arab.Terjemahan secara terus(Direct translation) bermaksud pemikiran ataupun minda.Dalam English boleh kita katakan sebagai mindset.Sesungguhnya niat jauh di lubuk hati penulis dan berazam mengikhlaskan diri untuk memBERITAHU,memBERI MAHU,berFIKIR,dan berTINDAK kepada diri sendiri dan sidang pembaca tidak mengira usia,bangsa mahupun agama bahawa FIKRAH KITA iaitu ISLAM sebagai penyelesai segala masalah di muka bumi ini.Itulah FIKRAH KITA. Mari kita lihat apakah itu fikrah.
Definisi Fikrah;
- Bahasa Melayu : Pemikiran dan minda seseorang yang boleh mempengaruhi cara berfikir dan bertindak balas terhadap sesuatu perkara
- Mindset dari Word Princeton : is a mentality;a habitual or characteristic mental attitude that determines how you will interpret and respond to situations
- Definisi Fikrah Islam daripada Pengertian Islam oleh As-Syaheed Imam Hasan Al-Banna yang terkandung dalam Usul Pertama(20 Usul semuanya) dalam Rukun Faham dari Risalah Ta'alim;
" Hasan Albanna"Islam adalah menyeluruh (syumul) dan mencakup semua bidang hidup (mutakaamil); Islam adalah negara dan watan (tanahair) atau pemerintah dan ummat. Islam juga adalah akhlak dan kekuatan Atau rahmat dan keadilan. Islam juga adalah peradaban (tsaqafah) dan perundangan atau ilmu pengetahuan dan kehakiman. Islam juga bermaksud material dan hartabenda atau usaha dan kekayaan. Islam adalah Jihad dan dakwah atau tentera dan FIKRAH(pemikiran). Akhir sekali Islam adalah akidah yg benar dan ibadah yg sah.
kita boleh berbincang mengenainya dalam post yang akan datang.
- Kita sewajibnya memahami bahawasanya FIKRAH KITA adalah elemen terpenting dalam kehidupan seseorang manusia.
- Pengisian dan pembentukan FIKRAH KITA adalah amat penting untuk melahirkan natijah yang baik di dunia mahupun di akhirat
- FIKRAH KITA adalah satu inisiatif dan pandangan penulis untuk melengkapi dan memberi kefahaman ISLAM sebagai Ad-Deen iaitu tatacara kehidupan yang sempurna dan penyelesai masalah kepada masyarakat di kalangan kampus penulis yang tercinta dan masyarakat di luar kampus amnya.
- Ia juga satu usaha pengislahan secara peribadi dan kolektif antara komuniti pembaca dan memberi MAHU untuk berfikir dan bertindak ke arah yang lebih baik dan diakui tiadalah jalan yang terbaik melainkan berteraskan ISLAM itu sendiri.



