Tuesday, July 29, 2008

Kenangan Jambori Amal Selangor 2008






Delegasi Kawasan Hulu Selangor




Pada 18-20 Julai yang lepas,saya berkesempatan mengikuti satu jambori Amal peringkat negeri Selangor. Alhamdulillah,dapatlah saya bersama-sama dengan sahabat-sahabat yang lain mewakili Unit Amal Kawasan Hulu Selangor,kebetulan Bukit Beruntung ini berada dalam kawasan Hulu Selangor.Bertempat di Pantai Keranang,Morib kami seramai lebih kurang 20 orang telah berangkat ke sana dengan menaiki van dan kereta pada Jumaat malamnya.



Apa yang menariknya program kali ini mendapat kolaborasi dengan Yayasan Amal Malaysia dan ia telah dirasmikan oleh Menteri Besar sendiri.Program ini juga turut mendapat sokongan daripada Adun Sijangkang,Yb Dr Yunus dan di bawah seliaan Exco Pembangunan Modal Insan,Yb Dr Halimah Ali.
Pintu gerbang khemah kami

Sebaik sahaja kami tiba ke tempat program lebih kurang pukul 12 tengah malam,boleh dikatakan kami antara kumpulan terakhir tiba. kelihatan sudah banyak khemah-khemah dinaikkan. Kami?Dengan komitmen yang cukup tinggi, maka kami semuapun mendirikan khemah-khemah kami yang dibawa dari BB.Yalah,kalau tidak,tidalah tempat kami tidur nanti.

"alang-alang,kita buat border kawasan kita balik..pakai tali jer..pastuh kita buat gerbang" bg Zam bagi cadangan.

Alang-alang kami pun angguk setuju.Setiap delegasi dibekalkan dengan 4 batang buluh untuk kegunaan kawasan sekreatif mungkin. Salah satu acara yang dipertandingkan ialah khemah terbaik dan pertandingan gajet terbaik.Maka kami bahagi-bahagikan tugas. Saya menolong bg Zam dan sahabat saya yang seorang lagi untuk membuat sempadan kawasan kami.kebetulan kawasan kami berdekatan dengan tandas,maka sedikit sebanyak bau tandas turut menjadi aroma di hidung kami.


Dengan sekreatif mungkin dan kepakaran bg Zam dalam bab-bab ini ditambah dengan kepakaran bg Omar sendiri,kami dapat menghasilkan satu hasil yang cukup baik. Akibatnya,kami telah leka bekerja sehingga pukul 5 pagi...

Keesokan harinya,iaitu pada hari Sabtu.Seusai sahaja solat Subuh dan kuliah, program wajib pun bermula iaitu riadah.sekadar pemanas badan,aktiviti utama akan dibuat selepas sarapan pagi iaitu aktiviti gotong royong id kubur dan rumah anak yatim.Saya tak dapat join. Saya bersama dengan bg Zam sukarela tinggal di khemah bagi menyudahkan kerja-kerja hiasan dan pembersihan akwasan khemah. Sepeninggalan mereka kami dapat menghasilkan beberapa gajet seperti rak cawan dan pinggan,kasut dll.

Bagi saya inilah kali pertama saya belajar cara mengikat buluh dengan sebetulnya.Ada cerutnya yang perlu kita lakukan supaya ikatan tali rafia dengan buluh-buluh lagi kuat dan mantop!Kemudian,gajet kami pula ditambah lagi dengan kehadiran Cikgu Shukri yang pakar dalam membuat meja dari buluh.huh,bertambah lagi cemburu dan jelingan daripada kawasan lain sebaik sahaja melihat gajet-gajet kami ini..




Meja Cikgu Shukri(kuatkan!)

Apa yang menarik lagi, sebaik sahaja hari kedua ini sudah nampak reaksi daripada kawasan-kawasan lain pabila melihat keaktifan dan kesungguhan kami menghias khemah kami ini dan gajet-gajet ini.Saya difahamkan Hulu Selangor sudah bebrapa kali menjuarai pertandingan gajet dan khemah terbaik.


Petangnya pula,selepas solat asar, kami mula berlatih kawad sebagai persediaan pertandingan pada esok harinya. Bayangkan,ini merupakan latihan pertama dan terakhir sekali..Apa2pun, pada peringkat ini prinsip tawakkal dan just do it dihadamkan dan diprakrikkansebaik mungkin.


A'la Kulli hal, acara kemuncaknya adalah pada hari Ahad di mana semua acara dipertandingkan.Antaranya acara tarik tali,kawad kaki,AmalRace,Lari Berhalangan,Operasi Menyelamat,Khemah dan Gajet terbaik, dan lain-lain lagi.Apa yang saya kecewakan ialah kerana lambakan acara-acara pada hari terakhir dan ketidakcukupan orang,makanya kami terlepas beberapa acara kerana ada pertindanan antara acara-acara tersebut dan pesertanya adalah di kalangan kami sahaja.


AlhamduLillah berkat kesabaran dan komitmen kami diiringi dengan IzinNya,kami berjaya menjuarai tiga acara iaitu kawad kaki,Khemah dan gajet terbaik peringkat negeri.


Bagi saya sendiri, acara seperti ini dapat membina kekentalan dan kemahiran bagi ahli Unit Amal sendiri. Dan semestinya ia telah merapatkan jurang antara Unit Amal di negeri selangor dan ukhuwwah yang terbina dikukuhkan lagi khususnya di dalam kawasan saya sendiri.Saya lebih mengenali lagi ahli-ahli di kawasan saya sendiri,peelnya dan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Apa yang menarik lagi,program seumpama ini telah berjaya menarik penyertaan golongan-golongan remaja yang sering dilabel negatif.Dari yang berseluar lusuh,berantai,berambut trojan dll.Hal inilah yang telah mendapat pengiktirafan kerajaan negeri terhadap inisiatif unit Amal sendiri dan berusaha meletakkan diri di tengah-tengah gejolak masyarakat. hal ini juga telah mendekatkan jurang daie sendiri dengan golongan seperti ini.Tahniah saya ucapkan kepada Unit Amal sendiri!Semestinya konsep program seperti ini boleh menjadi alternatif kepada PLKN dan usaha-usaha sesetengah pihak untuk mendekati golongan remaja/belia.Sesuai dengan headline blog ini

" Apabila hidup kita hanya untuk kita,hidupnya amatlah singkat.Bermula & berakhir dengan umur kita.Tetapi jika hidup kerana fikrah,sesungguhnya hidupnya panjang & mendalam.Bermula dari bermula manusia,berakhir dengan luputnya manusia dari muka bumi"(Syed Qutb)


Apa-apa pun tahniah diucapkan dan saya merasakan semua golongan remaja seharusnya mencuba Jambori ini pada masa-masa yang lain!












3 comments:

amalselangor said...

Tahniah drp kami Amal Selangor atas penyertaan jambori lepas.

Saya disini cuma membantu Amal Selangor untuk manage blog http://amalselangor.blogspot.com

Saya amat berbesarhati kerana dapat berkenalan dalam alam siber ini, dengan adanya blog2 ini dapat menambahkan lagi pengetahuan dan eratkan silaturahim melalui siber.

Cadangan saya agar setiap Unit Amal Kawasan mempunyai blog sendiri. Dengan ini blog amal sengor akan diwarnai dengan aktiviti2 dari seluruh kawasan.

Jadi, Saya berharap agar blog ini boleh menjadi penghubung kepada Amal Hulu Selangor atau tuan dapat bantu bangunkan Blog baru untuk Amal Hulu Selangor (spt http://amalhuluselangor.blogspot.com
sekian
azman shafii

KNMS said...

Terima kasih atas cadangan Sdr Azman sendri..saya akan panjang2kan idea tersebut kepada ketua Amal kawasan nanti.

Unit Amal untuk Kemajuan Ummah!

KNMS said...

Terima kasih atas cadangan Sdr Azman sendri..saya akan panjang2kan idea tersebut kepada ketua Amal kawasan nanti.

Unit Amal untuk Kemajuan Ummah!