Monday, March 10, 2008

Senario PRU-12 N.07:Post Agenda




Minta maaf saya hulurkan kerana terlewat hampir 3 hari untuk melunaskan janji saya dalam posting saya yang lepas.Walau bagaimanapun saya rasa semuanya sudah maklum tentang keputusan PRU di N.07 dan P.94.Takpe,saya ada sikit pertambahan berkaitan keputusan kali ini.

Pada petang 8 Mac iaitu pada hari yang sama kita membuang undi,lebih kurang pukul 6 pm, saya bersama ayah saya telah pergi ke tempat kami membuang undi tadi.Sekadar ingin meninjau suasana dan mungkin boleh mengetahui keputusan pengiraan undi yang dilakukan di tempat yang sama.
Setibanya kami di sana, kami mendapati tidak ramai orang berkumpul di hadapan pusat pengundian tadi. Kemudian kami menyertai satu perbincangan yang tidaklah berapa hangat 'ala-ala kedai kopi 'di sebuah 'bus stop' yang betul-betul berhadapan sekolah tersebut. Dalam kumpulan sembang-sembang itu ada beberapa penyokong BN dan PKR.

Apa yang saya perhatikan yang lebih mendominasi perbincangan itu adalah seorang lelaki India yang saya rasa adalah penyokong PKR.Yang lain termasuklah penyokong BN sendiri mengangguk-angguk lemah tanda setuju.Bagi saya dia lebih berani dari yang lain dalam mengutarakan pendapat walaupun agak pedih diterima oleh penyokong BN sendiri. Antara hujah yang saya ingat;

"Kalaupun BN nak perintah,kena mau ingatlah sedikit turun itu harga barang,baru rakyat boleh percaya"


Saya agak kebanyakan pengundi india seperti dia ini adalah rakyat yang membuang undi protes yang mengakibatkan kekalahan besar dan menafikan 2/3 majoriti BN dalam parlimen. Kebetulan saya duduk sebelah seorang petugas BN yang tertera di jaket hitamnya "Unit Keselamatan N.07".Dia seolah-olah mengiyakan apa yang dikatakan oleh lelaki india tadi.

Kemudian, dari tempat mengira undi tadi, kelihatan dua orang laki berjalan keluar ke pintu pagar sekolah tersebut.Jelas yang mereka itu adalah petugas BN lantaran daripada baju dan jaket mereka. Saya cuba-cuba merapati dan mendengar perbualan mereka. Selepas beberapa lama 'mencuba', satu berita gembira untuk PKR.Rupa-rupanya hasil pengiraan sebentar tadi yang melibatkan saluran 1 di peringkat DUN, PKR menang dengan majoriti tipis.Satu petanda baik mungkinnya.
Saya mengesahkan hal ini dengan petugas keselamatan tadi.Beliau mengiyakan.Dan satu rahsia yang menarik dikongsinya.Mereka memang menjangka BN akan kalah tetapi bukan di peringkat DUN tetapi di peringkat parlimen. Saya sudah menjangkakan hal ini. Efek HINDRAF sememangnya 'TRAUMA' kepada parti pemerintah.Hal ini boleh dilihat kepada keputusan PRU di peringkat DUN dan PARLIMEN di atas.PKR menang majoriti sebanyak 1466 manakala di peringkat DUN pula BN menang majoriti sebanyak 2,179 undi.
Kenapa berlaku perubahan undi ini?Kenapa pula BN menang di DUN manakala sebaliknya di parlimen?

5 comments:

Afzan Rahman said...

patutla ada yang mendakwa kemenangan BA adalah disebabkan kemarahan rakyat...wallahua'lam ^_^

KNMS said...

Yaps..Its proven afzan..maybe nti leh risik2 kat tmpat nti ke,or sembang2 ngan kawan2 non-muslim..then share it in ur blog..=)

Afzan Rahman said...

wow...that's a good idea tp klu ana d umah insyaAllah xde mslh nk sembang2 ngn kwn2 non-muslim...if d kampus mmg masih ramai lg yg xde kesedaran dlm hak mereka berpolitik...susah jugak nk fhmkan org muda ni ye...

Unknown said...

abg nizam, saye tak faham kenape bn menang kat dun n tak kat parlimen...mintak tolong jelaskan...

KNMS said...

itu percaturan pengundi..mereka akan bagi sbhagian kat oposisi dan sebahagian kat BN sebagai langkah 'precaution'..NONEED leh baca kat kadirjasin.blogspot.com untuk detil.