Alhamdulillah,Segala Puji bagi Allah,Tuhan Semesta Alam yang menguasai dunia dan hari pembalasan. Akhirnya, kecelaruan pemilihan MB Perak dan Selangor diselesaikan secara baik dan harmoni dengan kebijaksanaan Sultan penaung Islam. Dengan asakan pihak media dan pembangkang dari Barisan Nasional di negeri-negeri terbabit,'kerojakan' ini turut direncahkan dengan kemelut MB Perlis dan Terengganu.Segala macam asakan dan tohmahan BN terhadap Barisan Rakyat sebagai contoh pemilihan MB Perak di mana masalah-masalah ketidakfahaman dan teknikal seperti penerimaan DAP terhadap PAS dan 'miscom' PKR terhadap komposisi pembahagian kerusi menggembirakan barisan pembangkang yang mempunyai modal bagi melancarkan serangan moral setelah mengalami kekalahan 'terkejut' di 5 negeri.
Tidak terkecuali antara yang merojakkan lagi suasana iaitu peranan Utusan dalam isu-isu tersebut.Tulisan oleh WAN SYAMSUL AMLY WAN SEADEY (WARTAWAN UTUSAN) dalam utusan bertarikh 14 Mac 2008 mengulas mengenai 'kahwin mutaah' pakatan pembangkang.Saya petik salah satu bahagian tulisannya seperti di bawah;
"Senario politik pembangkang selepas seminggu pilihan raya berlalu nampaknya sama dengan permainan enjit-enjit semut. Memang realitinya DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak boleh hendak bersama. Saling 'cubit-mencubit', berusaha sedaya upaya untuk berada di atas dan menunjukkan kuasa masing-masing."
Namun suka saya bertanya Wan Syamsul berkenaan 'keretakan dalaman' ,pulas memulas (bukan cubit-mencubit!)dan politik 'cantas mencantas' antara komponen BN.Di awal-awal PRU sudah berbunyi 'retaknya menanti belah' ketika pemilihan Calon-Calon PRU sebagai contoh di Terengganu dan Perlis. Sebagai contoh pengguguran 'giant killer' Marang, Dato' Rahman Bakar dari senarai calon-calon dan diganti dengan muka baru. Selain itu,Dato' Rosli Mat Hassan turut digugurkan dari senarai calon yang sebelum ini beliau menang di Parlimen Dungun.Akibatnya mewujudkan puak-puak dalam jentera ekoran ketidakpuasan pengikut-pengikut masing-masing.
Kalau tidak retak,masakan Dato' Shahidan Kassim boleh berulang-alik sebanyak lima kali bertemu Pak Lah bagi meyudahkan calon-calon BN di Perlis.Dan Perlis antara negeri yang terakhir mengumumkan senarai calon-calon mereka.
Apakah kita tidak ingat pergeseran Gerakan dan PPP berkenaan kerusi Parlimen Taiping?Pertukaran demi pertukaran dilakukan di negeri Kelantan sehinggakan dua calon, Professor Abdullah Sudin yang 'diinginkan' bertanding di Pangkalan Chepa manakala Pengelola Istana Kelantan, Abdul Halim Ahmad di Parlimen Pasir Mas tidak ketahuan nama mereka naik dicadangkan sebagai calon akhirnya menarik diri di saat-saat akhir?Apakah kita lupa?
Saya nampak retaknya BN dalam hal ini sehinggakan pemilihan calonpun tidak diambil peduli.Padahal yang mengesahkan calon-calon tersebut ialah Pengerusi BN iaitu Pak Lah sendiri!Apakah ini yang dikatakan pakatan 'syok-syok' sahaja?
Di mana ketelusan Wan Syamsul sebagai wartawan 'Wadah Penyebar Pemikiran Rakyat' melainkan hanya mengulas dan melaga-lagakan komponen BR?Sekiranya beliau adalah profesional dalam hal ini sepatutnya beliau bertindak adil dan jujur dalam hal ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment