Friday, March 7, 2008

8 3 2008 di BB

Alhamdulillah,Segala Puji hanya bagi Allah Rabbul Alamin.Saya sudah selamat melaksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang rakyat Malaysia pada hari ini.

Sekitar jam 9.30 pagi tadi, kami(bersama dengan kedua ibu bapa saya) dengan hanya menaiki motosikal bertolak ke salah satu pusat mengundi di kawasan BB ini iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Beruntung. Suasana di sana(sehingga entri ini ditulis) dalam keadaan terkawal dan tiada suasana kacau bilau seperti mana yang dijangkakan oleh sesetengah pihak. Nak dikatakan hambar mungkin juga memandangkan tidaklah sesak dengan orang ramai.Sebelum tiba ke pintu pagar sekolah tersebut, kami disambut dengan peraih undi dari kedua-dua belah parti dari khemah mereka ataupun popular dipanggil sebagai ‘pondok panas’..Yang ketaranya,dari sudut psikologi, lebih ramai pengundi memeriksa status mereka di pondok BN.Tetapi itu bukanlah satu indikator hakiki yang boleh menjustifikasikan kemenangan BN.Dari rekod yang diberikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) yang dipanggil sebagai Senarai Daftar Pemilih(SDP), pengundi boleh mengetahui status dan angka giliran mereka beserta dengan saluran mengundi sekali.

Selepas meletakkan motor yang kebetulan berhadapan dengan khemah BN, kami terus sahaja memeriksa status pengundi kami.Kelihatan dua orang Puteri Umno sibuk menyelak-nyelak kertas SDP tersebut. Tdaklah ia mengambil masa yang terlalu lama hanya sekitar lima minit sahaja. Saya tergolong dalam saluran empat(4) ataupun dipanggi saluran orang muda.Tak silap ,ayah dan mak saya dalam saluran dua(2).Penggolongan saluran ini pada hemat saya berdasarkan umur kita. Ia bukanlah satu prosedur wajib dalam PRU tetapi boleh dikatakan satu rekod kehadiran bagi pihak parti dengan memeriksa daftar pemilih kita di ‘pondok panas’ tersebut.

Seperti yang saya sebutkan di atas tadi, pengesahan status pengundi sebenarnya perlu dibuat di tempat mengundi. Sekali lagi,kami perlu berbaris di kaunter pemeriksaan SDP kendalian SPR yang berbaju berwarna kuning(macam BERSIH pula!). Bezanya di situ saya diberikan satu kupon TEMPAT MENGUNDI yang mengkelaskan saya berdasarkan saluran mengundi kita. Hampir saya terlupa iaitu amat pentingnya kad pengenalan(IC) dibawa kerana ia merupakan satu tanda identifikasi kita selaku pengundi. Segala-galanya dalam PRU ini melibatkan penggunaan IC.Jadi jangan lupa bawa IC ke mana sahaja anda pergi!

Saluran mengundi ini senang cerita kita boleh katakan bilik bagi pengundi untuk membuang undi.Jadi saya tidak akan mengundi di bilik yang sama dengan ibu bapa saya dan saluran yang lain. Pada mulanya dada ini berdebar-debar juga memandangkan inilah pengalaman pertama saya mengundi. Manalah tahu situasi yang terkawal ini bertukar secara tiba-tiba menjadi tidak terkawal. Saya membayangkan yang saya terpaksa beratur panjang sekali lagi lantaran di saluran lain terdapat pun agak panjang juga barisannya.

Ternyata sangkaan saya meleset.Tiada seorang pun yang beratur di saluran empat ini seperti di saluran yang lain. Relaks dan tenang. Nampaknya masih ramai lagi orang muda yang tidak sedar-sedar lagi tentang peranan mereka sebagai pengundi. Benarlah fakta yang menyebut terdapat empat juta orang muda sebaya dan seusia saya di Malaysia ini masih lagi tak sedar-sedar untuk mendaftarkan sebagai pengundi.

Polis yang menjaga di situ pun nampaknya kelihatan sudah bosan menunggu. Sampaikan petugas SPR pun sempat duduk melepak di luar.Bosan agaknya menunggu di dalam. Dengan bantuan polis yang menjaga di situ, saya ditunjukkan jalan ke kaunter SPR. Saya diminta oleh petugas di situ bagi menunjukkan IC dan kupon yang saya perolehi di kaunter SPR di luar tadi. Kemudian dia pun menyebut nama dan IC saya sekuatnya agar didengari oleh ejen tempat mengundi di situ.Buat pengetahuan, ejen tempat mengundi ini diwakili oleh parti-parti politik yang bertanding.






Slip Undi dan Kupon SPR




Di kaunter yang sama,saya diberikan dua kupon mengundi yang berwarna kuning dan oren. Kupon yang berwarna kuning untuk pertandingan di peringkat DUN manakala yang berwarna oren pula untuk peringkat Parlimen. Di kupon itulah tertera gambar calon dan di sebelahnya ada kotak kosong untuk diletakkan pangkah kita. Tak perlulah saya cerita kotak mana yang saya pangkah kerna undikan rahsia kecuali dari Allah!

Selepas sahaja memangkah di tempat yang disediakan, saya bergerak ke tempat di mana kotak telus diletakkan. Satu kotak untuk DUN dan satu lagi untuk Parlimen. Tetapi satu perkara yang saya musykil ialah sesiapapun boleh lihat secara terus undi-undi pengundi yang lain. Jadinya pelbagai manipulasi boleh dilakukan oleh pihak yang berniat jahat sekiranya SPR yang menguruskan kotak undi ini tidak amanah. Tidak hairanlah wujudnya pelbagai dakwaan oleh sesetengah pihak khususnya pembangkang berkenaan urusan pilihanraya ini lantaran terdapat ‘loophole’ ataupun lompong-lompong untuk manipulasi dalam proses perjalanan pilihanraya.
Tetapi, jelas nampak kepuasan kelihatan di petugas SPR yang menjaga kotak telus itu kerana masih ada juga pengundi muda seperti saya (bukan nak angkat bakul ya!) yang datang mengundi. Saya rasa tugar SPR dan pihak yang berkenaan masih banyak lagi untuk menyedarkan golongan muda khususnya untuk mendaftarkan diri sebagai pemilih.

Prof. Aziz Bari,pakar Perlembagaan Malaysia dan seorang pensyarah di UIA pernah menyebut dalam satu forum khas di UTP sempena Kempen Mengundi anjuran MPPUTP dan SRMUTP.Beliau berkata sepatutnya selaku rakyat Malaysia kita tidak perlu lagi mendaftarkan diri sebagai pengundi kerana kita sudah rakyat Malaysia bukannya Bangladesh ataupun pendatang asing.Sekiranya diperlukan data berkenaan pengundi, hanya perlu berurusan dengan Jabatan Pendaftran Malaysia. Kuranglah birokrasi dan tak perlulah kita terhegeh-hegeh untuk mendaftarkan diri sekali pada SPR. Maka tidak perlulah kepada kempen pendaftaran pemilih dan kita hanya perlu menumpukan kepada kesedaran mengundi sahaja yang mana lagi senang. Ada logik juga saranan beliau.Sekiranya berlaku, sudah pasti abang saya pun dapat juga mengundi.Begitu juga kawan-kawan saya yang lain .Mereka merasa bosan untuk mendaftarkan diri lantaran proses yang berprosedur dan menyusahkan.Ada satu ketika, di Pejabat Pos Batu Gajah, petugas di kaunter tersebut meminta kawan saya datang pada hari lain dengan alasan ‘network down’.Kan susah macam tuh!

Walau apapun,secara ringkasnya bagi mana yang tak mengundi lagi silalah melaksanakan tugas mengundi kerna mengundi itu WAJIB seperti yang saya terangkan dalam ‘posting’ saya yang lepas. Jadi laksanakan tugas anda dan berilah undi anda kepada calon yang selayaknya yang boleh memperjuangkan nasib rakyat marhaen dan kebajikan kita nanti.
Undi,jangan tak undi!Sekian dari BB.

p/s InsyaAllah malam ini saya akan membuat liputan di pusat pengiraan undi di Kuala Kubu Bahru.






LENSA KAMERA

Peraih Undi PKR

SPR 'Salotape'

Kaunter SPR

3 comments:

Afzan Rahman said...

salam...bagus..pengalaman yg menarik...tetapi xdinafikan spnjg PRU berlangsung pelbagai kejadian2 yg xdisangka-sangka berlaku...papepun tahniah kpd 5 negeri yg berjaya merampas kerajaan. Yang paling penting... Hidup Selangor!!

KNMS said...

salam..alhamdulillah..begitulah rezeki yg datang dari jalan2 yg x disangka2!Mudah-mudahan ini merupakan titik perubahan kepada ketuanan Islam,insyaAllah.

Afzan Rahman said...

jemput ke blog ana...
tp ana punya citer xla semenarik blog nta...mohon tunjuk ajar :">

http://afzanurrahman.blogspot.com