Thursday, January 10, 2008

Pasang CCTV di taman Perumahan!

Sekali lagi kita dikejutkan dengan berita penculikan kanak-kanak yang berlaku secara 'mega' seperti dilaporkan dalam utusan hari ini(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htmdi ) dan terbaru di kawasan Petaling Jaya.Seperti yang dilaporkan,kedua-dua adik beradik itu bermain di taman permainan berdekatan dengan rumah mereka. Pada hari sebelumnya, sudah berlaku satu kes penculikan iaitu adik Nurfatiha Zaidi di sebuah Flat di Desa Sepakat Sri Manja, Kampung Medan, Petaling Jaya.Ada beberapa persamaan dari kedua-dua kes ini yang dapat saya simpulkan;

  • Penculikan berlaku di sekitar kawasan Petaling Jaya
  • Lokasi penculikan adik Sharlinie hanyalah 2 km dari tempat penculikan adik Nurfatiha
  • Kemungkinan penculik itu adalah orang yang sama yang dikenali sebagai 'abang kucing'
  • Modus operandi penculikan adalah sama
  • Umur mangsa sekitar 5-6 tahun

Apa yang merisaukan sehingga kini tiada lagi petunjuk yang dapat membantu siasatan polis melainkan lakaran penjenayah terbabit.

Dan rasa-rasanya kita sudah 'dimaklumkan' tentang indeks jenayah yang mencacak naik dari kes-kes berbentuk kekerasan seperti rogol,harta benda dan samun. Boleh rujuk dalam post "Indeks jenayah mencacak naik, perlukah menterinya ditukar?" dari http://www.n32.blogspot.com/

Kemungkinan besar kes adik nurin ke-2 boleh terjadi sekali lagi?

Nampaknya ia seolah-olah satu tempelak kepada 5 langkah yang telah diumumkan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri merangkap Perdana Menteri Malaysia,Dato' Seri Pak Lah iaitu:

1) MEWAJIBKAN pemasangan CCTV di premis dan lokasi berisiko tinggi

2) Menawarkan kontrak kepada pegawai dan anggota yang akan dan telah bersara

3) Menyerahkan urusan pentadbiran lebih kepada kakitangan awam

4) Menambah pusat latihan

5) Pemaju perumahan perlu peruntukkan ruang dan premis untuk dijadikan balai

Mungkin kena tambah satu lagi inisiatif iaitu memasang CCTV di taman perumahan kerna kawasan perumahan kita sudah tak selamat lagi!

ATAUPUN

Seruan menukar menteri itu amat relevan dan merupakan penyelesaian yang tepat sekali pada masa genting dan darurat ini!

p/s satu blog khas telah diwujudkan untuk memperingati kes adik nurin jazlin dan kes-kes seumpamanya. Boleh layari di http://www.nurinjazlin.blogspot.com/