Monday, January 14, 2008






Musim cuti sudah hampir ke penghujungnya. Buat sebahagian besar dan mungkin kesemuanya mahasiswa UTP sudah tahu keputusan akademik masing-masing. InsyaAllah saya mendoakan kebaikan dan kejayaan semua sahabat UTP sekalian dalam akademik masing-masing.Bagi yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang, tahniah saya ucapkan.Tetapi bagi yang tidak berjaya tidak bermakna itu adalah satu kegagalan dan buruk kepada kita.Seperti mana dalam ayat Al-Baqarah 216;















FIKRAH KITA





Kejayaan dan kegagalan adalah datang daripada Allah SWT. Itu adalah pegangan aqidah kita sebagai seorang muslim yang melaksanakan tuntutan Ubudiyyah(penghambaan). Ubudiyyah iaitu salah satu tuntutan daripada sifat Ilah yang terkandung dalam kalimah syahadatain. Oleh yang demikian, sebagai seorang hamba yang melaksanakan tanggungjawabnya, seharusnya ketentuan Qada’ dan Qadar diimani oleh setiap orang mukmin dan hal ini telah ditetapkan sebagai perkara ke-6 dalam Rukun Iman.Ingin saya kongsikan sedikit ayat-ayat motivasi daripada rujukan teragung di dunia,Al-Quran Al-Karim.



Dalam Surah Ali-Imran 146-148;










Prof. Dr. Hamka dalam Tafsir Al-Azhar menafsirkan ayat di atas bahawa ini merupakan perumpamaan bagi Ummat Muhammad khususnya yang berperang semasa perang Uhud dan umum kepada sesiapa yang percaya kepada risalah nabi.Sesungguhnya sudah ada nabi-nabi sebelum nabi Muhammad SAW diutus menjadi nabi dan Rasul. Di samping adanya orang yang tidak percaya dengan kebenaran nabi-nabi,terdapat juga golongan yang setia dengan Tuhan. Mereka berdiri berganding bahu dengan nabi-nabi tersebut. Di hujung ayat 146,"tidaklah mereka berasa lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah,dan tidak pula lesu dan tidak(pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar. "






Ayat ini membayangkan kepada kita bahawasanya di samping kaum yang menentang, ada juga yang setia;sehidup semati dengan Rasul,menerima apa yang diajarkan.Dan mereka bersedia ditimpa oleh berbagai malapetaka,kerana menegakkan keyakinan.Mereka tidak pula mengeluh,tidak pernah patah semangat,tidak pernah lesu,dan tidak pernah mundur.




Maka seharusnya sahabat-sahabat sekalian,walaupun kita tidak ikut berperang di Perang Uhud,namun berdoalah agar kita termasuk ke dalam golongan yang percaya kepada risalah Nabi Muhammad SAW dengan memenuhi kriteria-kriteria di atas tadi.





Tambahnya lagi, meskipun ada nabi yang tewas dalam pertempuran dengan musuh-musuh mereka malahan ada nabi-nabi yang mati terbunuh terutama di kalangan bani israil namun ada juga ummat yang setia, tidak patah hati,tidak lesu dan tidak merasa lemah lerana kematian nabi ataupun jumlah mereka yang sedikit.





Di hujung ayat tersebut,tertera janji Allah yang mana Allah sangat cinta kepada orang-orang yang sabar.Orang yang tahan hati menanti kerana kadang-kadang sesuatu kemenangan rasanya terlalu panjang dan lama baru datang dan kita sudah bosan menanti.Dan sesungguhnya perjuangan yang hebat menuju suatu cita-cita yang tinggi,selalu meminta pengorbanan tenaga,jiwa dan raga seperti mana yang terjadi dalam peperangan Uhud. Malahan umat islam ketika itu diuji dengan kekalahan di tangan pihak musyrikin Makkah. Namun di dalam perjuangan, kemenangan yang sejati ialah kemenangan yang terakhir. Kekalahan di Uhud adalah satu yang wajar dalam perjuangan jangka lama. Bagi kaum Quraisy, kemenangan Uhud adalah permulaan keruntuhan. Dan meskipun mereka mulanya menang, akan tetapi kemenangan di perang Uhud tidak dapat menebus kekalahan mereka di Perang Badar.Sebab itu tiang kemenangan ialah kesabaran,keteguhan hati dan tidak pernah merasa kalah.




"Memukul sekeras-kerasnya ketika jadi palu dan menahan sekuat-kuatnya ketika menjadi landasan."














Ayat di atas menurut Prof. Dr. Hamka berkenaan orang-orang yang telah menyatakan setia kepada Allah di samping nabi yang mereka cintai itu.Mereka tidak patah semangat dan bersabar menanti hasil perjuangan. Kemudian mereka memohon ampun kalau mereka ada melakukan kesalahan.





Secara konklusinya, dalam perjuangan ini kita hendaklah sentiasa mengkoreksi diri dan seluruh angkatan yang berjuang.Maknanya kita hendaklah mengetahui mana kesilapan dan kesalahan yang wajib diperbaiki. Baik dosa peribadi yang boleh meruntuhkan pertahanan batin. Ataupun dosa pelanggaran-pelanggaran atas disiplin dari Tuhan atau dari pimpinan. Dalam masa yang sama kita tidak berhenti-henti memohon kepada Allah agar peperangan ini dimenangkanNya dan memanjatkan tawakkal kepadaNya.









Maka akhirnya permohonan mereka dikabulkan oleh Allah setelah syarat-syarat di atas dipenuhi iaitu;





  1. Tidak mengeluh kerana percubaan/ujian


  2. Tidak lesu/patah semangat


  3. Tidak mundur walaupun setapak


  4. Sabar menanti hasil walaupun rasanya lama


  5. Senantiasa mengkoreksi dosa-dosa kepada Allah lalu memperbaikinya


  6. Selalu memohon pertolongan kepada Allah




Setelah memenuhi semua syarat tersebut, ganjaran Tuhanpun datang. Mereka diberi kebahagian di dunia, iaitu kemerdekaan sesudah perhambaan dan cahaya jiwa sesudah kegelapan. kelaknya mendapat kebahagian di a khirat kerna menegakkan keadilan dan kebenaran di dunia.





Secara tuntasnya, khusunya kepada sahabat-sahabat di kampus sesungguhnya setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita ini sudah termaktub dalam aturanNya. Dan kita ketahui setiap perkara itu pasti mempunyai hikmah tersendiri. Janganlah kita menyangka kegagalan kita dalam peperiksaan sebagai satu bala ataupun tidak adilnya Allah kepada kita lantaran kesungguhan kita dalam melaksanakan amal islami. Tetapi sama-sama kita renungi mudah-mudahan segala ujian,mehnah dan tribulasi ini menjadi saksi ke atas kesabaran kita dalam perjuangan ini dan marilah kita meneguhkan pendirian kita,meneguhkan hati dan kesabaran, melakukan muhasabah seterusnya melakukan pembaikan dan akhirnya bermunajat kepadaNya agar pertolongan Allah itu tiba diiringi dengan tawakkal agar kita tidak mudah berputus asa,InsyaAllah.




Selamat Berjuang!













No comments: