Thursday, January 10, 2008

Kenapa Fikrah Kita?



Assalamualaikum wbt/Salam Sejahtera Para Pembaca budiman sekalian,

Kenapa Saya buat Blog?
Kewujudan blog ini bukanlah bertujuan untuk menyaingi blog-blog sedia ada yang sememangnya diakui keintelektualan, kemasyhuran dan keistimewaan masing-masing seperti sahabat-sahabat saya iaitu Musafir Kelana, Roslan SMS, RausyanFikir,dll. Namun demikian ia lebih kepada satu usaha melengkapi antara satu sama lain.
Kemungkinan topik perbincangan adalah seakan-akan sama namun wadah penyampaian mungkin berbeza antara satu sama lain.Dalam masa yang sama, saya melihat dan merasai melalui penulisan, saya dapat menambahkan lagi ilmu dan kefahaman tentang suatu isu ataupun topik. Ditambah lagi dengan pertukaran idea secara SIHAT dengan hujah-hujah yang RASIONAL dan WARAS sumbangan dan ihsan pelawat yang budiman sememangnya dapat membuka minda sesama kita sendiri.
Dalam waktu yang sama, sudah 'al-maklum' pada era kini, blog sudah dapat memainkan peranan penting bukan setakat sekadar memberi informasi malahan kefahaman dan memberi kemahuan untuk bertindak sudah diakui kesannya sama ada kepada penulis blog dan sidang pembaca sekalian. Sejarah sudah menunjukkan kegiatan penulisan dan dengannya wujudnya akhbar-akhbar di Tanah Melayu seperti Al-Imam,Sinar Harian dll. dapat meniup semangat Rakyat Tanah Melayu ketika itu untuk berjihad menentang penjajah. Bukankah diakui mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang?


Kenapa blog ini diberi nama Fikrah Kita?


Fikrah adalah perkataan daripada bahasa Arab.Terjemahan secara terus(Direct translation) bermaksud pemikiran ataupun minda.Dalam English boleh kita katakan sebagai mindset.Sesungguhnya niat jauh di lubuk hati penulis dan berazam mengikhlaskan diri untuk memBERITAHU,memBERI MAHU,berFIKIR,dan berTINDAK kepada diri sendiri dan sidang pembaca tidak mengira usia,bangsa mahupun agama bahawa FIKRAH KITA iaitu ISLAM sebagai penyelesai segala masalah di muka bumi ini.Itulah FIKRAH KITA. Mari kita lihat apakah itu fikrah.

Definisi Fikrah;
  1. Bahasa Melayu : Pemikiran dan minda seseorang yang boleh mempengaruhi cara berfikir dan bertindak balas terhadap sesuatu perkara


  2. Mindset dari Word Princeton : is a mentality;a habitual or characteristic mental attitude that determines how you will interpret and respond to situations


  3. Definisi Fikrah Islam daripada Pengertian Islam oleh As-Syaheed Imam Hasan Al-Banna yang terkandung dalam Usul Pertama(20 Usul semuanya) dalam Rukun Faham dari Risalah Ta'alim;



    "Islam adalah menyeluruh (syumul) dan mencakup semua bidang hidup (mutakaamil); Islam adalah negara dan watan (tanahair) atau pemerintah dan ummat. Islam juga adalah akhlak dan kekuatan Atau rahmat dan keadilan. Islam juga adalah peradaban (tsaqafah) dan perundangan atau ilmu pengetahuan dan kehakiman. Islam juga bermaksud material dan hartabenda atau usaha dan kekayaan. Islam adalah Jihad dan dakwah atau tentera dan FIKRAH(pemikiran). Akhir sekali Islam adalah akidah yg benar dan ibadah yg sah. " Hasan Albanna



Mungkin ada banyak lagi definisi fikrah.Ini hanyalah sekadar dalam cakupan pengetahuan saya yang cukup cetek ini. Jelas sekali FIKRAH KITA merupakan elemen terpenting dalam diri kita sebagai individu ataupun insan kerana ia boleh mempengaruhi cara dan gaya pemikiran kita.Daripada pemikiran akan lahirlah perilaku dan tindakan sebagai mekanisme tindakbalas ataupun response terhadap sesuatu perkara.
Maka yakinlah kita bahawasanya segala perilaku,cakap kita,gaya balas kita datang daripada mindset kita.Sekiranya baik dan murni FIKRAH KITA, maka outcome pun baik.Sebaliknya, sekiranya tidak baik DASAR dan ELEMEN-ELEMEN dalam FIKRAH KITA, maka natijahnya juga tidak baik. Ini sekaligus menyentuh mengenai kepentingan pengisian dan elemen-elemen FIKRAH KITA dan mungkin
kita boleh berbincang mengenainya dalam post yang akan datang.



Kesimpulan
  1. Kita sewajibnya memahami bahawasanya FIKRAH KITA adalah elemen terpenting dalam kehidupan seseorang manusia.

  2. Pengisian dan pembentukan FIKRAH KITA adalah amat penting untuk melahirkan natijah yang baik di dunia mahupun di akhirat

  3. FIKRAH KITA adalah satu inisiatif dan pandangan penulis untuk melengkapi dan memberi kefahaman ISLAM sebagai Ad-Deen iaitu tatacara kehidupan yang sempurna dan penyelesai masalah kepada masyarakat di kalangan kampus penulis yang tercinta dan masyarakat di luar kampus amnya.

  4. Ia juga satu usaha pengislahan secara peribadi dan kolektif antara komuniti pembaca dan memberi MAHU untuk berfikir dan bertindak ke arah yang lebih baik dan diakui tiadalah jalan yang terbaik melainkan berteraskan ISLAM itu sendiri.












1 comment:

Rosli said...

Apa yg sy dapat simpulkan berkenaan fikrah adalah berkaitan dgn pemahaman semata2. Pemahaman dalam diri kita akan membentuk keyakinan dalam diri kita. Maka setelah keyakinan itu terbentuk dalam diri kita, sekiranya kita yakin benar maka benarlah ia dan jika kita yakin salah maka salahlah ia. Hidup kita dicorakkan oleh apa yg kita faham sahaja. Kita faham begitu, maka kita bertindak sebegitu dan hasilnya begini. Pemahaman adalah kunci kpd hidup kita. Kita tidak akan buat sesuatu yg kita tak faham.

Agama juga adalah sgt berkait dgn pemahaman. Pemahaman terhadap asas yg membentuk sesuatu agama itu akan membentuk keyakinan terhadap agama itu sendiri. Sbg contoh, agama islam. Asas yg paling penting dalam islam adalah rukun iman, iaitu rukun kepercayaan (keyakinan). Jika tiada keyakinan, maka tiadalah agama. Satu lagi contoh. Islam bukan terletak pada alquran dan hadis, ia terletak pada pemahaman kita terhadap apa yg dinyatakan dalam alquran dan hadis. Juga keyakinan hasil dari pemahaman kita tidak akan mengubah kebenaran yg dinyatakan alquran dan hadis, sebaliknya kitalah yg mesti berusaha memahaminya dengan benar sepertimana yg dinyatakannya.