Tuesday, June 10, 2008

Tahniah,khir toyo sudah berminda pembangkang!


Sekali lagi dia berkokok seolah-olah meyatakan yang dia masih lagi berkuasa di Selangor..yg jahatnya menggunakan media arus perdana(yang sememangnya tidak pernah beri peluang kepada mana-mana kerajaan PR beri penjelasan atas sesetengah isu).Apa pula kredit yang ada pada khir toyo sehinggakan mendapat tempat di berita utama semalam di Utusan!


Desakan beliau adalah manifestasi daripada manifesto kerajaan PR pada pilihanraya yang lepas yang dakwanya adalah untuk memberikan 20 meter padu air percuma kepada kesemua rakyat Selangor dan mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%.


Namun demikian Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 5 Mei lepas mengumumkan keputusan kerajaan tidak menurunkan cukai pintu sebanyak 20 peratus untuk kediaman dan 10 peratus bagi premis komersial atas alasan keadaan ekonomi Selangor ketika ini masih belum mencapai tahap memuaskan bagi membolehkan janji tersebut dilaksanakan.


Jikalau dilihat,pengumuman ini merupakan satu peluru tambahan bagi pembangkang di Selangor yang diketuai oleh Khir toyo sendiri. Bahkan lantaran isu Balkis yang menghujam diri beliau dan bininya sendiri, sudah pasti sedikit sebanyak menjatuhkan reputasinya sebagai bekas MB dan membuatkan beliau bisu seribu bahasa. Kegagalan kerajaan yang baru sahaja berusia tak sampai 100 hari melaksanakan janji-janji manifesto menjadi modal terbaru pembangkang.


Bagi saya ia merupakan satu tindakan yang tidak bermaruah dan tidak adil.Manakan tidaknya, kerajaan PR yang baru sahaja mencecah 93 hari ini baru saja memegang tampuk pemeritahan dan semuanya bermula dari kosong.Bayangkan sebaik sahaja pengumuman kekalahan BN di Selangor, dokumen-dokumen penting kerajaan Selangor terus sahaja dilenyapkan entah ke mana(mungkin nak hilangkan bukti peyelewengan duit rakyat agaknya!). Bahkan segala kerusi,meja,peralatan di pejabat kerajaan pun turut dilarikan juga!Tak cukup dengan itu, wang kebajikan BALKIS pun tak terkecuali sama!yang menderitanya kerajaan PR dan rakyat sendiri!adil sangatkah BN kalau macam itu halnya?


Bukanlah bermaksud menidakkan peranan pembangkang.Saya merasakan ‘peel’ menafikan peranan pembangkang di kelima-lima negeri PR sendiri bukanlah dimainkan oleh pembangkang /PR tapi asalnya adalah dari BN sendiri. Hal ini jelas ketikamana ketika kempen PRU baru-baru ini, ada sesetengah pemimpin BN menyatakan tidak perlunya pembangkang dalam Negara kita lantaran Malaysia sudah mempunyai kerajaan yang dipercayai dan stabil.


Pembangkang di Selangor amat penting sama pentingnya dengan kerajaan PR hari ini.Sesungguhnya PR sampai hari ini sudah lama menjadi pembangkang di kerajaan persekutuan dan di sesetengah negeri ,50 tahun lamanya.Sudah biasa dengan kekalahan dalam PRU.Sampaikan apabila menang, sudah terbiasa dan terbawa-bawa gaya pembangkang. Namun demikian, dalam usia baru mencecah 93 hari ini, saya merasakan prestasi kerajaan baru ini masih lagi awal untuk dinilai.Seperti mana yang pernah dinyatakan oleh Pak LAh ketika menjadi PM pada ke 100 hari nya di Putrajaya, meminta rakyat memberikan beliau masa untuk membuktikan kepimpinannya.Maka bertindaklah adil wahai khir toyo!


Nak semak prestasi khir toyo(selama lapan tahun lepas ketika beliau menjadi MB):


a) Polisi Setinggan sifar sehinggakan menafikan hak rakyat e.g dalam kes Kg Berembang,Ampang
b)Perkampungan Exco mewah bernilai jangkaan RM 40 billion yang terdiri daripada 10 buah banglo dan rumah kelab di Shah Alam
c) Rasuah dan korupsi - projek pembinaan di Bukit Cahaya Seri Alam.Kes disenyapkan begitu sahaja,tiada pendakwaan dibuat
d) Kes Istana haram Allahyarham Zakaria Mat Deros
e) Skandal Balkis;tiada siasatan dan pendakwaan yang terperinci dilaporkan.
Maka,mari sama-sama kita berikan peluang yang sama kepada kerajaan PR dan nilaikan 4 tahun akan datang prestasi kerajaan sekarang.Kalau tiada banyak bezanya,maka Rakyat boleh buat hukuman sendiri!Makkal Shakti!

No comments: