Monday, June 30, 2008

Power of Trust!



Kepercayaan ataupun dalam English dipanggil trust satu benda yang abstrak.Intangible. Walaupun ia bersifat abstrak akan tetapi ia merupakan hal-hal yang amat penting dalam kehidupan kita dan perhubungan kita di setiap peringkat seharian.
Dari kepercayaan kepada Tuhan dan kepada manusia luasnya cakupan hal ini. Kepercayaan susah didapati tetapi senang diruntuhkan. Teringat ketika saya aktif dalam berorganisasi ketika zaman mahasiswa satu tika dulu ada satu penyataan ataupun rule yang menjadi asas dalam kami bergerak kerja iaitu "we are working on trust basis." Menarik bukan!

Kepercayaan adalah tonggaknya. Dalam politik begitu juga.Akan tetapi bak kata Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat sendiri, YB Salahudin Ayub politik ini dinamik. Hari ini kawan,esok belum tentu. Kemungkinan menjadi seteru yang paling kuat. Peristiwa Tun dr Mahathir dengan serangan berbisa beliau menjadi salah satu bukti yang kukuh sehingga mengambil keputusan drastik apabila beliau keluar dari UMNO yang beliau tubuhkan semula pada tahun 1972 setelah diharamkan. Itulah dinamika politik. Itu dalam UMNO.Terbaru, ketua pemuda MIC, SA Vigneswaran mengisytiharkan bahawasanya beliau keluar dari organisasi yang menaungi kaum India selama ini.Antara sebabnya hilangnya kepercayaan beliau kepada MIC dan akibat desakan dalam parti ini dan presiden MIC sendiri.Sekali lagi kepercayaan menjadi teras utama.

Saiful Bukhari

Dalam isu terhangat masa kini, berkenaan ‘ancaman penyingkiran dan konspirasi politik’ terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pelbagai respon ‘menarik’ dan penafian dibuat darpada pimpinan kerajaan dan BN. PM,Pak lah menafikan pembabitan Umno/BN dalam hal ini. Ketua Pemuda BN sendiri, Hisham menyatakan kenyataan Anwar yang beliau diancam adalah tidak masuk akal. Bunyinya lucu bukan.Akan tetapi bagi yang pernah menjadi mangsa ia bukanlah gurauan. Beliau sudah hilangnya kepercayaan kepada sistem kehakiman di Malaysia sendiri dan pihak polis.Apakah kita lupa kepada pengakuan dan perbuatan Tan Sri Rahim Nor terhadap beliau?Tun Mahathir sendiri mengaku yang pendakwaan beliau hanyalah permainan politik semata-mata. Segalanya adalah perancangan jahat untuk menyingkirkan bekas TPM dari persada politik nasional. Ataupun satu perancangan dan propaganda mengalihkan tumpuan massa perihal penglibatan Najib,Rsomah,Khairy & Pak Lah dan kes Altantuyaa?Herm....Atau nak memadam tumpuan rakyat dalam ledakan kenaikan harga minyak di seantero Malaysia?

Menyebut perihal sistem kehakiman Malaysia, saya bukanlah seorang yang arif perihal kehakiman.bukan juga law student.Akan tetapi sebagai seorang rakyat yang cakna politik Malaysia,saya turut terpanggil dan membaca artikel-artikel dan berita-berita. Baru-baru ini hakim-hakim yang pernah dipecat di zaman Tun dahulu menerima ex-gratia daripada kerajaan sebagai satu penebus ataupun pampasan. Namun demikian ia bukanlah menunjukkan yg mereka silap.Angkuh lagi rupanya pihak tuh!


Sharibuu dalam kes altantuyaa pun meyatakan kerisauan beliau terhadap sistem kehakiman.Beliau mempersoalkan kredibiliti pendakwaraya&hakim serta bukti-bukti kes yang dikemukakan .Itulah sistem kehakiman Malaysia di mata dunia!

Percayalah sekiranya hal ini berterusan pastinya UMNO /BN makin parah ,kepercayaan rakyat seluruhnya akan terhakis sama sekali dan mereka akan terkubur di persada politik nasional.Nampaknya suara rakyat seakan-akan zaman reformasi akan bergema sekali lagi tapi kali ini ia semestinya berwajah baru rentetan kemenangan di 5 negeri dan wilayah sendiri!Fokusnya menawan kerajaan persekutuan,InsyaAllah!
Kenapa,tak percaya!

Wednesday, June 25, 2008

Tuesday, June 10, 2008

Tahniah,khir toyo sudah berminda pembangkang!


Sekali lagi dia berkokok seolah-olah meyatakan yang dia masih lagi berkuasa di Selangor..yg jahatnya menggunakan media arus perdana(yang sememangnya tidak pernah beri peluang kepada mana-mana kerajaan PR beri penjelasan atas sesetengah isu).Apa pula kredit yang ada pada khir toyo sehinggakan mendapat tempat di berita utama semalam di Utusan!


Desakan beliau adalah manifestasi daripada manifesto kerajaan PR pada pilihanraya yang lepas yang dakwanya adalah untuk memberikan 20 meter padu air percuma kepada kesemua rakyat Selangor dan mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%.


Namun demikian Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 5 Mei lepas mengumumkan keputusan kerajaan tidak menurunkan cukai pintu sebanyak 20 peratus untuk kediaman dan 10 peratus bagi premis komersial atas alasan keadaan ekonomi Selangor ketika ini masih belum mencapai tahap memuaskan bagi membolehkan janji tersebut dilaksanakan.


Jikalau dilihat,pengumuman ini merupakan satu peluru tambahan bagi pembangkang di Selangor yang diketuai oleh Khir toyo sendiri. Bahkan lantaran isu Balkis yang menghujam diri beliau dan bininya sendiri, sudah pasti sedikit sebanyak menjatuhkan reputasinya sebagai bekas MB dan membuatkan beliau bisu seribu bahasa. Kegagalan kerajaan yang baru sahaja berusia tak sampai 100 hari melaksanakan janji-janji manifesto menjadi modal terbaru pembangkang.


Bagi saya ia merupakan satu tindakan yang tidak bermaruah dan tidak adil.Manakan tidaknya, kerajaan PR yang baru sahaja mencecah 93 hari ini baru saja memegang tampuk pemeritahan dan semuanya bermula dari kosong.Bayangkan sebaik sahaja pengumuman kekalahan BN di Selangor, dokumen-dokumen penting kerajaan Selangor terus sahaja dilenyapkan entah ke mana(mungkin nak hilangkan bukti peyelewengan duit rakyat agaknya!). Bahkan segala kerusi,meja,peralatan di pejabat kerajaan pun turut dilarikan juga!Tak cukup dengan itu, wang kebajikan BALKIS pun tak terkecuali sama!yang menderitanya kerajaan PR dan rakyat sendiri!adil sangatkah BN kalau macam itu halnya?


Bukanlah bermaksud menidakkan peranan pembangkang.Saya merasakan ‘peel’ menafikan peranan pembangkang di kelima-lima negeri PR sendiri bukanlah dimainkan oleh pembangkang /PR tapi asalnya adalah dari BN sendiri. Hal ini jelas ketikamana ketika kempen PRU baru-baru ini, ada sesetengah pemimpin BN menyatakan tidak perlunya pembangkang dalam Negara kita lantaran Malaysia sudah mempunyai kerajaan yang dipercayai dan stabil.


Pembangkang di Selangor amat penting sama pentingnya dengan kerajaan PR hari ini.Sesungguhnya PR sampai hari ini sudah lama menjadi pembangkang di kerajaan persekutuan dan di sesetengah negeri ,50 tahun lamanya.Sudah biasa dengan kekalahan dalam PRU.Sampaikan apabila menang, sudah terbiasa dan terbawa-bawa gaya pembangkang. Namun demikian, dalam usia baru mencecah 93 hari ini, saya merasakan prestasi kerajaan baru ini masih lagi awal untuk dinilai.Seperti mana yang pernah dinyatakan oleh Pak LAh ketika menjadi PM pada ke 100 hari nya di Putrajaya, meminta rakyat memberikan beliau masa untuk membuktikan kepimpinannya.Maka bertindaklah adil wahai khir toyo!


Nak semak prestasi khir toyo(selama lapan tahun lepas ketika beliau menjadi MB):


a) Polisi Setinggan sifar sehinggakan menafikan hak rakyat e.g dalam kes Kg Berembang,Ampang
b)Perkampungan Exco mewah bernilai jangkaan RM 40 billion yang terdiri daripada 10 buah banglo dan rumah kelab di Shah Alam
c) Rasuah dan korupsi - projek pembinaan di Bukit Cahaya Seri Alam.Kes disenyapkan begitu sahaja,tiada pendakwaan dibuat
d) Kes Istana haram Allahyarham Zakaria Mat Deros
e) Skandal Balkis;tiada siasatan dan pendakwaan yang terperinci dilaporkan.
Maka,mari sama-sama kita berikan peluang yang sama kepada kerajaan PR dan nilaikan 4 tahun akan datang prestasi kerajaan sekarang.Kalau tiada banyak bezanya,maka Rakyat boleh buat hukuman sendiri!Makkal Shakti!

Wednesday, June 4, 2008

Polemik Allah: Di mana Ulama'??


Semenjak dua menjak ini, heboh disiarkan di dada-dada akhbar perihal penggunaan kalimat Allah oleh akhbar Kristian Katolik iaitu The Herald. Hal ini mengundang pelbagai reaksi dari setiap lapisan masyarakat.Terkini, dua majlis agama iaitu Majlis Agama dan Adat Istiadat Perak dan MAIWP sudah memohon ke mahkamah untuk pencelahan dalam kes ini sesudah keputusan mahkamah sebelum ini membenarkan penggunaan kalimat Allah oleh akhbar tersebut.
Pencelahan tersebut diketuai oleh wakil Peguam Pembela Islam(PPI) bagi MAIWP dan menamakan MAIAIP sebagai pencelah pertama manakala MAIWP sebagai pencelah ke-2.

Yang menghairankan saya ialah tiada lagi kenyataan rasmi dari mana-mana mufti Malaysia mahupun majlis mufti kebangsaan ataupun ulama’ tersohor tanah air sama ada daripada pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang.Dalam hal ini masyarakat islam mahukan satu penjelasan yang jitu dan cepat serta jelas perihal hal ini lantaran ia melibatkan perihal persoalan aqidah sendiri.


Puas saya meneliti dan menyusuri laman-laman web. Apa yang saya ketemui ialah seperti berikut;


1. Pendapat daripada Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS,Ustaz Daud Iraqi

"In the most recent controversy over the usage of the word "Allah" in a Malaysian Christian newspaper in reference to god, Chairman of the PAS Ulama (Religious Scholars) Council, Ustaz Daud Iraqi, took a different position from the UMNO-led government. It noted that it was indeed permissible for Christians to use the word “Allah”.


"Kontroversi terbaru berkaitan penggunaan Allah dalam suratkhabar kristian Malaysia yang merujuk kepada tuhan mereka. Pengerusi dewan Ulama' PAS mengambil padangan berbeza dengan dengan kerajaan pimpinan UMNO. Belau mengatakan yang penganut Kristian itu dibenarkan untuk mereka menggunakan perkataan Allah."


2. Petikan daripada ucapan Yb. Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam ketika lawatannya di Gereja Roman Katolik,Shah Alam.


“For us, the problem is we're not an Arabic-speaking country. Therefore some people question why non-Muslims have to use this word when it is not really necessary. People then make all sorts of speculations about idealogy. But there's no reason for the word to be banned from Christian worship. We're quite happy if people use it.


It's not just my personal opinion but is consistent with the party's view. Basically it shouldn't be any problem. And I made it quite clear to the people in church that night,” Khalid explained over the phone yesterday.

“Bagi kami, masalahnya ialah kita bukanlah Negara yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa percakapan kita.Oleh yang demikian sesetengah pihak mempersoalkan kenapa non-muslim perlu menggunakan perkataan(Allah) ini sedangkan bukanlah satu kewajipan yang mendesak bagi mereka.Kemudian, terdapat juga yang membuat pelbagai spekulasi mengenai idealogi. Akan tetapi, tidak ada satu alasan yang munasabah untuk menghalang penggunaan perkataan(Allah) itu dalam ibadah kristian sendiri.Kami gembira sekiranya mereka menggunakannya.



Ini bukanlah pendapat saya sendiri tetapi ia adalah konsisten dengan pandangan parti.Secara dasarnya tidak ada masalah. Dan saya menjelaskan perihal ini kepada penganut kristian di gereja pada malam itu.”



Kedua-duanya merupakan pimpinan PAS namun demikian pendirian seumpama ini tidak pula saya temui dalam lidah rasmi PAS iaitu Harakah sendiri.


Dalam tulisan yang lain oleh BERSAMA ALEXANDERWATHERN, beliau ada menjelaskan hal ini yang bagi saya cukup menarik untuk dikongsi.Beliau menekankan bahawasanya akan berlaku satu kekeliruan kerna pemahaman masyarakat Islam dan Kristian terhadap perkataan Allah adalah berbeza.Ini kerana bagi Islam, Allah itu adalah Esa,tida sekutu baginya.tetapi bagi penganut Kristian yang berpegang dengan fahaman Trinity, mereka menganggap Allah itu terdiri daripada tiga peribadi iaitu Tuhan Bapa,Anak dan Roh Kudus.


Kata beliau lagi bagi masyarakat kristian Timur Tengah kebanyakan mereka berpegang dengan fahaman Unitary iaitu Bapa itu tuhan sebenar manakala Jesus dan Roh Kudus mempunyai kedudukan yang lebih rendah daripada-Nya.Sekiranya mereka mahu menggunakan perkataan Allah,maka mereka hendaklah menukar segala perkataan Bapa dalam Bible dengan Allah dan lihatlah kesesuainnya.



Sebagai contoh;


“Bapa (ALLAH) yang mengutus aku (Jesus), Dialah yang bersaksi tentang aku, kamu tidak pernah mendengar suara-Nya, rupa-Nya pun tidak pernah kamu lihat.”(Yohanes 5:37)

Bagaimana?Setujukah masyarakat Kristian menukar perkataan tersebut?



Kita perlukan satu penjelasan yang rapi dan jitu daripada mana-mana pihak yang berauthoriti lantaran hal ini bagi saya meibatkan perihal aqidah umat Islam. Ditakuti sekiranya tiada penjelasan dan pendirian tetap daripada mana-mana pihak yang berauthoriti maka pelbagai spekulasi dan pendapat-pendapat liar yang akan dibuat oleh pihak-pihak yang bukan ahli dalam bidang ini bahkan sehingga boleh mengelirukan umat Islam umumnya dan boleh membatalkan aqidah seseorang,na'udzubillah min dzalik. .Sekiranya tiada juga tindakan susulan dan pantas maka penubuhan majlis-majlis mufti ataupun ulama’ mahupun Majlis Fatwa Kebangsaan di Malaysia ini mungkin hanya satu tempelan agama semata-mata!


p/s saya sedang menanti balasan emel saya kepada salah seorang pimpinan PAS perihal hal ini.InsyaAllah akan saya kongsikan nanti.


Bacaan polemik lain:


1. Copyright 'Allah'


2. Asia Sentinel